Ahad, 29 Mac 2015




MESYUARAT PPKI PPD PASIR PUTEH KALI PERTAMA 2015

          Mesyuarat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) PPD Pasir Puteh Kali Pertama telah berlangsung dengan baik dan sempurna pada petang 29 Mac 2015.

          Mesyuarat tersebut bermula 2.15 petang hingga 4.20 petang. Tahniah kepada Penyelaras PPKI dan Penolong Kanan Pendidikan Khas yang sudi menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.

          Mesyuarat tersebut dianggap sejarah kerana dipengerusikan sendiri oleh bekas guru pendidikan khas yang selama ini mengurus, mengasuh, mentadbir serta menyelaras PPKI di peringkat sekolah. Beliau tidak lain adalah Cikgu Mohd Mahadir b Kamisan yang menggantikan En Saupi Mat Zain yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Pemberian, K.Krai. Tahniah diucapkan pada kedua-duanya.

          Dengan pengalaman Cikgu Mahadir di peringkat sekolah, diharapkan hala tuju PPKI PPD Pasir Puteh akan terus gemilang dan terus digilap untuk menjamin kelangsungan program PPKI ini diperingkat daerah.

          Pada mesyuarat tersebut juga beberapa agenda telah dibincangkan antaranya lantikan jawatankuasa PPKI PPD Pasir Puteh, MTQ Pendidikan Khas serta Pemilihan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan.

          Pertandingan MTQ Pendidikan Khas bagi peringkat negeri akan berlangsung dan dikelolakan oleh PPD Machang dijangkakan pada 22 April ini. Manakala bagi Kejohanan Sukan Padang dan Balapan peringkat negeri pula akan dilangsungkan di Stadium Kijang Mas pada 19 April ini.

          Oleh yang demikian, ketetapan mesyuarat tersebut telah bersetuju bahawa pemilihan sukan padang dan balapan akan dikelolakan oleh SMKPA bertempat di SMK Jeram disebabkan beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Manakala bagi pertandingan MTQ, ketetapan mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada SMKSA untuk pengurusan peserta.

          Maka dengan itu, semua sekolah PPKI Pasir Puteh diseru untuk hadir dan datang dengan semangat kesukanan, serta membawa MBK PPKI berpotensi bagi menyerlahkan bakat mereka di dalam kesukanan. Manakala bagi urusan penyertaan MTQ, guru-guru yang mana mempunyai MBK yang berpotensi, sila buat latihan segera serta booking terus pada Penyelaras SMKSA dengan kadar segera.

Terima Kasih...

PPKI PPD Editor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan