9 APRIL 2015 - PPD TANAH MERAH. BENGKEL VERIFIKASI DATA PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI JPN KELANTAN
Bermula pukul 9.00pagi hingga petang 9 April 2015, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kelantan telah mengadakan satu kursus seperti yang disebutkan di atas kepada semua guru data dari seluruh PPKI Kelantan yang hanya melibatkan sekolah rendah sahaja. Kursus untuk sekolah menengah akan menyusul kemudian.
Kursus tersebut dimurnikan sendiri oleh En. Mohd Nawi bin Awang Senik, iaitu Penyelia Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas, JPN Kelantan. Antara intipati daripada Kursus tersebut adalah:
1. Data EMIS tidak lagi perlu dikemaskinikan.
2. Data terkini yang diambilkira adalah data dari SPS. Oleh yang demikian semua PPKI wajib kemaskini dari masa ke semasa mengikut perubahan murid/guru. Pastikan data tersebut dilengkapkan sepenuhnya. Sila buka web sps.moe.gov.my dan pilih Modul Pengurusan Murid. Pastikan MBK PPKI didaftarkan di bawah Kelas Khas. Manakala MBK APD juga kemaskini.
3. Selain data SPS, pengisian borang Excel (borang maklumat Enrolmen Kelas dan Borang Maklumat Murid) yang telah dibekalkan oleh En. Mohd Nawi mestilah dibuat untuk bulan JAN, FEB, MAC, JUN dan OKTOBER. Untuk bulan-bulan lain hanya wajib jika ada perubahan murid/guru sahaja. Pastikan hanya murid PPKI sahaja diisi dalam borang Excel tersebut samaada mengikuti Inklusif/Tidak. Bagi MBK di aliran perdana (APD), ia tidak perlu disenaraikan dalam borang Excel tersebut. Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Enrolmen Kelas boleh didownload dari Blog ini.
JUN - Satu salinan hardcopy hantar kepada kerani sekolah untuk penyelarasan PCG tahun semasa. Softcopy (borang excel) hendaklah email pada En. Mohd Nawi serta email juga pada JU daerah.
OKTOBER - Satu salinan hardcopy hantar kepada kerani sekolah untuk permohonan PCG tahun berikutnya. Softcopy (borang excel) hendaklah email pada En. Mohd Nawi serta email juga pada JU daerah.
4. Pekeliling Ikhtisas KPM- Pemansuhan pelbagai gelaran jawatan bagi guru yang mengajar Pendidikan Islam seperti Guru Penolong Agama (GPA), Guru Pendidikan Islam Khas (GPIK), Guru j-QAF (GJQ), Guru j-QAF Khas (GJQK), Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) menjadi satu nama sahaja iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI). manakala guru yang mengajar bahasa Arab dipanggil Guru Bahasa Arab (GBA). Implikasinya, GPI di aliran perdana boleh juga mengajar di PPKI dan sebaliknya dengan arahan GB/Pengetua. Mereka tidak layak untuk mendapat elaun mengajar murid khas.
5. Oleh yang demikian guru-guru aliran perdana termasuk GPI atau GBA yang berminat untuk mendapat elaun mengajar murid khas dan kekal mengajar MBK, haruslah menambah opsyen Pendidikan Khas (PITO) dengan cara menelefon segera En Mohd Nawi di talian 012-9008482 untuk kursus.
6. Data dalam APDM juga penting. Ia amat berkait rapat dengan data E-Operasi. Jika data dalam APDM tidak benar misalnya berkaitan dengan komposisi murid dengan bilangan kelas, maka data dalam E-Operasi turut menjadi silap. Oleh yang demikian, data dalam APDM mestilah betul. Misalnya jika dalam waran pembukaan kelas adalah 2 kelas, maka PPKI disesebuah sekolah wajib buka hanya 2 kelas sahaja. Ini bermaksud, jika waran 2 kelas, maka dalam APDM wajib wujudkan 2 kelas sahaja. Jika murid sudah terlalu ramai, maka pohon terlebih dahulu dengan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan untuk menambah kelas. Sila rujuk dengan guru aliran perdana yang menjaga APDM sekolah anda untuk kemaskini APDM pendidikan khas.
7. Berkaitan pembukaan kelas baru, ia mestilah dipohon secara bersurat atas nama;
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah
Bandar Baru Tunjung
Kota Bharu, Kelantan
Melalui & Salinan
Perkara: Permohonan Tambah Kelas.......
..............
sk: Unit Pendidikan Khas
8. Dalam APDM, pastikan hanya MBK PPKI yang diwujudkan kelas khas untuk mereka. Manakala MBK APD adalah dikekalkan di kelas perdana masing-masing. Jangan sesekali pindahkan mereka ke kelas khas.
Petunjuk: MBK - Murid Berkeperluan Khas
PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi
APD - Arus Perdana
SPS - Sistem Pengurusan Sekolah
GB - Guru Besar
PPKI Editor
PPKI PPD PASIR PUTEH KELANTAN
Sabtu, 11 April 2015
8 APRIL 2015 - SEKITAR DI PEMILIHAN PESERTA SUKAN PADANG & BALAPAN PPKI PPD PASIR PUTEH, KELANTAN
Pada 8 April 2015 bermula pukul 10 pagi di SMK Gaal, Pasir Puteh telah diadakah pemilihan peserta PPKI untuk mewakili PPD Pasir Puteh dalam acara sukan padang dan balapan JPN Kelantan yang dijangkakan akan berlangsung di Stadium Mini Kijang, Wakaf Mek Zainab pada 19-20 April ini.
Kesemua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai program Integrasi diwajibkan terlibat. Namun sebuah sekolah iaitu SK Kamil (2) tidak hadir kerana program ini telah bertindih dengan program lawatan mereka.
Apapun program ini telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah sehinggalah ia tamat. Namun ada sedikit kecemasan yang mana seorang pelajar dari SMK Seri Aman hampir pengsan kerana terlampau panas. Oleh yang demikian, kami mencadangkan untuk sesi pemilihan akan datang, ia hendaklah diadakan seawal pagi lagi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan MBK.
Semua AJK telah melaksanakan tugasan dengan baik dan menepati masa. Tahniah kepada semua guru dan MBK yang terlibat dalam program ini kerana apa yang penting adalah komitmen dan semangat bekerjasama guru-guru khas.
Kepada MBK yang berjaya kami mengucapkan tahniah dan buat yang terbaik pada peringkat JPN nanti, serta kepada MBK yang tidak berjaya itu, diharapkan lebihkan usaha lagi bagi pemilihan tahun depan.
Seterusnya adalah latihan berpusat bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri anjuran JPN kelantan pada 19-20 April nanti. Pada asal perbincangan, lokasi yang dipersetujui adalah di padang SK Kamil (1) pada 13,14 dan 15 April dengan surat permohonan telahpun dihantar oleh PPD ke SK Kamil (1). Namun, vanue latihan berpusat telah ditukar pada saat-saat akhir ke SMK Cherang Ruku disebabkan faktor teknikal.
Apapun bagi memastikan perkara ini tidak berulang, kami mencadangkan bahawa setiap keputusan mesyuarat PPD yang telah dipersetujui bersama antara sekolah-sekolah PPKI terlibat mestilah dipatuhi kerana ia akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap Unit Pendidikan Khas itu sendiri di mata GB/Pengetua/PPD/JPN.

Isnin, 30 Mac 2015
Untuk makluman guru-guru Pendidikan Khas PPD Pasir Puteh, lokasi pemilihan Sukan dan Padang telah ditukarkan ke SMK Gaal. Ketetapan seperti berikut:
TARIKH: 8 April 2015
MASA: 9.00 Pagi (Panas Doh Ni)
TEMPAT: Padang SMK Gaal
MAKAN MINUM PESERTA/GURU: Sekolah Urus Sendiri
Segala kesulitan amatlah dikesalkan....
PPD Blog Writer
Ahad, 29 Mac 2015
MESYUARAT PPKI PPD PASIR PUTEH KALI PERTAMA 2015
Mesyuarat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) PPD Pasir Puteh Kali Pertama telah berlangsung dengan baik dan sempurna pada petang 29 Mac 2015.
Mesyuarat tersebut bermula 2.15 petang hingga 4.20 petang. Tahniah kepada Penyelaras PPKI dan Penolong Kanan Pendidikan Khas yang sudi menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut dianggap sejarah kerana dipengerusikan sendiri oleh bekas guru pendidikan khas yang selama ini mengurus, mengasuh, mentadbir serta menyelaras PPKI di peringkat sekolah. Beliau tidak lain adalah Cikgu Mohd Mahadir b Kamisan yang menggantikan En Saupi Mat Zain yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Pemberian, K.Krai. Tahniah diucapkan pada kedua-duanya.
Dengan pengalaman Cikgu Mahadir di peringkat sekolah, diharapkan hala tuju PPKI PPD Pasir Puteh akan terus gemilang dan terus digilap untuk menjamin kelangsungan program PPKI ini diperingkat daerah.
Pada mesyuarat tersebut juga beberapa agenda telah dibincangkan antaranya lantikan jawatankuasa PPKI PPD Pasir Puteh, MTQ Pendidikan Khas serta Pemilihan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan.
Pertandingan MTQ Pendidikan Khas bagi peringkat negeri akan berlangsung dan dikelolakan oleh PPD Machang dijangkakan pada 22 April ini. Manakala bagi Kejohanan Sukan Padang dan Balapan peringkat negeri pula akan dilangsungkan di Stadium Kijang Mas pada 19 April ini.
Oleh yang demikian, ketetapan mesyuarat tersebut telah bersetuju bahawa pemilihan sukan padang dan balapan akan dikelolakan oleh SMKPA bertempat di SMK Jeram disebabkan beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Manakala bagi pertandingan MTQ, ketetapan mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada SMKSA untuk pengurusan peserta.
Maka dengan itu, semua sekolah PPKI Pasir Puteh diseru untuk hadir dan datang dengan semangat kesukanan, serta membawa MBK PPKI berpotensi bagi menyerlahkan bakat mereka di dalam kesukanan. Manakala bagi urusan penyertaan MTQ, guru-guru yang mana mempunyai MBK yang berpotensi, sila buat latihan segera serta booking terus pada Penyelaras SMKSA dengan kadar segera.
Terima Kasih...
PPKI PPD Editor
Langgan:
Catatan (Atom)