Sabtu, 11 April 2015

8 APRIL 2015 - SEKITAR DI PEMILIHAN PESERTA SUKAN PADANG & BALAPAN PPKI PPD PASIR PUTEH, KELANTAN

          Pada 8 April 2015 bermula pukul 10 pagi di SMK Gaal, Pasir Puteh telah diadakah pemilihan peserta PPKI untuk mewakili PPD Pasir Puteh dalam acara sukan padang dan balapan JPN Kelantan yang dijangkakan akan berlangsung di Stadium Mini Kijang, Wakaf Mek Zainab pada 19-20 April ini.

          Kesemua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai program Integrasi diwajibkan terlibat. Namun sebuah sekolah iaitu SK Kamil (2) tidak hadir kerana program ini telah bertindih dengan program lawatan mereka.

          Apapun program ini telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah sehinggalah ia tamat. Namun ada sedikit kecemasan yang mana seorang pelajar dari SMK Seri Aman hampir pengsan kerana terlampau panas. Oleh yang demikian, kami mencadangkan untuk sesi pemilihan akan datang, ia hendaklah diadakan seawal pagi lagi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan MBK.

          Semua AJK telah melaksanakan tugasan dengan baik dan menepati masa. Tahniah kepada semua guru dan MBK yang terlibat dalam program ini kerana apa yang penting adalah komitmen dan semangat bekerjasama guru-guru khas.

          Kepada MBK yang berjaya kami mengucapkan tahniah dan buat yang terbaik pada peringkat JPN nanti, serta kepada MBK yang tidak berjaya itu, diharapkan lebihkan usaha lagi bagi pemilihan tahun depan.

          Seterusnya adalah latihan berpusat bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri anjuran JPN kelantan pada 19-20 April nanti. Pada asal perbincangan, lokasi yang dipersetujui adalah di padang SK Kamil (1) pada 13,14 dan 15 April dengan surat permohonan telahpun dihantar oleh PPD ke SK Kamil (1). Namun, vanue latihan berpusat telah ditukar pada saat-saat akhir ke SMK Cherang Ruku disebabkan faktor teknikal.

          Apapun bagi memastikan perkara ini tidak berulang, kami mencadangkan bahawa setiap keputusan mesyuarat PPD yang telah dipersetujui bersama antara sekolah-sekolah PPKI terlibat mestilah dipatuhi kerana ia akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap Unit Pendidikan Khas itu sendiri di mata GB/Pengetua/PPD/JPN.

       
PPKI Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan